Angin di sini kuat sekali. Mmg nyaman. Kekadang aku menggigil seketika terutamanya bila malam menjelma.
Akhir aku kembali menjejakkan kaki di sini. Ghuang Zhou. Bandar kedua aku bermastautin di China.
Disini mulanya cinta aku ngan amoi canton.Sabrina. Kecil orangnya. Periang . Senyuman yang manis.
Enaknya mengenang cinta yang lepas.
Namun entry ni bukan untuk cinta itu. Ni cinta yang lain.
Yen Yen. Cinta aku dgn wanita ini. Namun akan bakal berakhir. Aduh..
Wanita yang bisa membuatkan aku serabut namun gembira. Dia adalah wanita China yang mempunyai hati yang suci (sepanjang aku tau la!) . Tak pernah nak mintak harta benda. Cuma inginkan cinta aku sahaja!
Apakan daya. Aku tidak mampu memberikan hati ini buat kau seorang.
Yen Yen.. Kau harus pergi. Kerna aku tahu satu hari nanti kau bakal temui cinta sejati.
Moga satu hari nanti kau akan jadi seorang muslimah yang sejati.
Aku doakan itu.
No comments:
Post a Comment